Jawatan Kosong Yayasan Didik Negara (YDN)

yayasan didik


Yayasan Didik Negara (YDN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

  • Ketua Pegawai Eksekutif (KPE)


SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  3. Bebas daripada rekod jenayah; dan
  4. Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit berpanjangan



KEUTAMAAN CALON YANG DIPERTIMBANGKAN

  1. Berpengalaman dalam bidang pengurusan/ kewangan/ pemasaran sekurang-kurangnya 10 tahun;
  2. Mempunyai perancangan dan hala tuju yang jelas dalam menjadikan YDN sebagai agensi yang cemerlang dalam memartabatkan pendidikan yang berkualiti tinggi;
  3. Mempunyai daya kreativiti dan inovatif dalam merencanakan program-program YDN untuk meneroka peluang baharu dalam penjanaan dan pengagihan dana yang efisien dan sistematik;
  4. Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
  5. Berperwatakan menarik, mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta mempunyai integriti yang tinggi.


DESKRIPSI TUGAS

Mengetuai pembangunan dan pelaksanaan strategik YDN untuk menjadi pelengkap dalam memperkasa pendidikan bagi melahirkan generasi yang memenuhi aspirasi pendidikan negara serta berupaya bersaing di peringkat global, memaksimumkan pencapaian Key Performance Indicator yang ditetapkan oleh Lembaga Pemegang Amanah dalam aspek kutipan serta agihan dana kepada kumpulan sasar, dan menjalin hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dan pemegang taruh.


Calon-calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah dinyatakan di atas bolehlah membuat permohonan dengan mengikut panduan mengisi jawatan kosong yang telah dinyatakan di bawah. 


LAIN-LAIN INFO

  • Taraf jawatan: Kontrak/ 3 tahun
  • Gaji : RM16,000.00
  • Elaun dan kemudahan: RM5,989.05
  • Cuti tahunan: 24 hari

Cara Membuat Permohonan


Calon yang berminat untuk memohon perlu mengisi borang permohonan seperti di lampiran berserta dengan salinan resume yang terkini, salinan sijil akademik tertinggi dan lain-lain dokumen yang berkaitan. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan melalui pos/serahan tangan atau diemelkan kepada:

 

Urusetia Yayasan Didik Negara

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Aras 5, Blok E12, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

(u.p.: Unit Bukan Guru, Cawangan Perkhidmatan)


nazri@moe.gov.my

rosmilisa@moe.gov.my


[Download] Borang Iklan Jawatan Kosong


Temuduga


Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temuduga dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.


Keputusan temuduga hanya akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya sahaja. Keputusan pelantikan secara rasmi akan dimaklumkan setelah mendapat perakuan pelantikan daripada Lembaga Pemegang Amanah YDN.


Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi jawatan kosong di Yayasan Didik Negara (YDN) ialah pada 29 Julai 2021 


LihatTutupKomentar