Permohonan Pengeluaran i-Citra Secara Online
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra mulai 12 Julai sehingga 30 September 2021.
i-Citra ialah bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Ini adalah inisiatif jangka pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19.
i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.
Amaun Pengeluaran i-Citra
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Cara Mohon Pengeluaran i-Citra
Permohonan pengeluaran i-Citra perlu dilakukan secara dalam talian melalui portal i-Citra Online iaitu https://icitra.kwsp.gov.my/
Tatacara membuat permohonan secara online boleh dibaca di bawah
Untuk maklumat lanjut mengenai i-Citra serta cara membuat permohonan, ahli KWSP boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP di laman sesawang www.kwsp.gov.my
Sumber infografik: KWSP